Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all 31108 articles
Browse latest View live

“Saya & Fad Bukan Berdiam Diri, Tapi Berdoa Dari Jauh”– Achey Harap Hidayah & Ali Berbaik, Akhiri Sengketa Melibatkan Harta

$
0
0

Pelawak Achey memaklumkan dia dan Fad tidak pernah mendiamkan diri sebaliknya sentiasa mengharapkan kemelut antara balu arwah Abam, Hidayah dan adik iparnya, pelawak Ali Puteh dapat diselesaikan dengan segera.

Achey berharap persengketaan dihentikan

Kata Achey, dia dan Fad mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan keluarga itu dan berdoa dari jauh.

Advertisement

Nanti akan timbul isu salah faham, akan ada yang rasa saya berpihak belah sini, yang sini rasa saya berpihak belah sana. Jadi kami dan Fad bukan berdiam diri tapi hanya berdoa dari jauh.

Akan berjumpa apabila tiba masanya

Jelasnya lagi, mereka akan menziarah dan membantu apa yang perlu sehingga semuanya selesai.

Saya dan Fad ini dikira orang luar, hal yang berlaku itu hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.

Kalau selesai saja, Insya-Allah macam-macam kami sediakan, kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, supaya anak kawan kita terima sedikit hasil ke arah dia.

Difahamkan, Achey dan Fad mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan Hidayah dan Ali setelah cubaan mereka untuk menyelesaikan kemelut antara keduanya gagal.

Bila ada pertanyaan kenapa kami tak bantu balu dan anak arwah (abam), kami maklumkan itu hal keluarga. Kita tak boleh masuk campur, jauh sekali. Kami cuma adik beradik dalam industri.

Berikutan itu, Achey menzahirkan harapan agar Hidayah dan Ali berlapang dada dan berdamai selain meminta agar memikirkan kesejahteraan arwah di alam sana.

“Kami tak layak masuk dalam, kita penat apatah lagi arwah yang dah pergi. Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah stop.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz bff
8 hours ago

"Dia Tak Lekang Berdakwah Sebenarnya" - Rakan Baik Kongsi Perkembangan Terkini Aliff Aziz, Mohon Doa Peminat

The post “Saya & Fad Bukan Berdiam Diri, Tapi Berdoa Dari Jauh” – Achey Harap Hidayah & Ali Berbaik, Akhiri Sengketa Melibatkan Harta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali, Penduduk Setempat Buka Mulut –“Baru-Baru Ini Memang Ada Majlis, Tapi Itu…”

$
0
0

Kecoh baru-baru ini dakwaan bahawa wujudnya cubaan menghidupkan semula ajaran Ayah Pin oleh gerakan tertentu di sekitar Besut, Terengganu.

Seperti kita semua tahu, ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad telah diwartakan sesat oleh kerajaan Terengganu pada tahun 1997.

Advertisement

Hantaran Facebook yang sebelum ini tular telah pun dipadam oleh individu tersebut namun ia mendapat perhatian ramai kerana menimbulkan rasa bimbang sekiranya dakwaan tersebut benar.

ayah pin

ayah pin

 

Bukan perhimpunan tapi majlis keramaian

Bagaimanapun, hasil temu bual dengan penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut mendapati tiada cubaan menghidupkan semula ajaran Ayah Pin seperti yang tular di media sosial.

Salah seorang penduduk di situ menafikan dakwaan terbabit dan berkata perhimpunan yang sering dilihat itu sebaliknya merupakan majlis keramaian dianjurkan oleh ahli keluarga Ayah Pin.

Baru-baru ini (Februari lepas) memang ada majlis kenduri perkahwinan anak Ayah Pin dan ramai saudara mereka datang termasuk saya turut dijemput. Ahli keluarga Ayah Pin yang tinggal di sini selalu buat majlis keramaian termasuk sambutan hari jadi.

ayah pin

 

Pihak berkuasa sentiasa pantau

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 13, Ab Ghani Mamat turut mengesahkan penafian penduduk berkenaan.

Katanya, tiada sebarang aktiviti mencurigakan berlaku dalam tempoh terdekat dan pihak berkuasa sentiasa memantau penempatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini masih menyiasat dan pemilik akaun yang menularkan dakwaan itu mungkin akan dipanggil jika perlu, untuk membantu siasatan.

Setakat ini, kita mahu melihat daripada semua sudutlah (termasuk) apa tindakan yang perlu kita ambil.

Terdahulu, Yahaya telah hadir untuk meninjau penempatan pemimpin ajaran sesat itu yang kini menjadi tempat tinggal ahli keluarga dan sanak saudaranya.

ayah pin

ayah pin
7 hours ago

Ajaran Ayah Pin Kembali? Jom Imbau Kembali 5 Kepercayaan 'Karut' Pengikut Ayah Pin

The post Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali, Penduduk Setempat Buka Mulut – “Baru-Baru Ini Memang Ada Majlis, Tapi Itu…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

‘Rushing’ Nak Balik Rumah, Tak Sempat Nak Solat Dan Berbuka? Ini Senarai Masjid & Surau Yang Berdekatan Stesen MRT!

$
0
0

Masuknya bulan Ramadan, pastinya anda yang bekerja ‘office hour’ akan berasa sedikit ‘rushing’ dan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah mahupun ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka.

Terutamanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang dan ibu negara, trafik sudah pasti akan semakin sesak dengan kadar kenderaan yang cukup tinggi di waktu puncak.

Advertisement

Baru-baru ini, pihak MRT Corp ada berkongsi senarai nama masjid dan surau yang berdekatan dengan stesen kenderaan awam itu yang kebanyakan menyediakan juadah berbuka secara percuma dan juga,  untuk kegunaan solat.

Untuk MRT laluan Putrajaya, ini sembilan pusat ibadah yang boleh anda singgah.

1. Stesen MRT Sungai Buloh – Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh (Keluar Pintu A)

2. Stesen MRT Kepong Baru – Surau Al-Islah Ad-Diniyah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Kampung Batu – Masjid Abu Hurairah Kampung Batu (Keluar Pintu A-  melalui jejantas ke Jalan Kampung Batu)

4. Stesen MRT Titiwangsa – Masjid Bulatan Pahang di Balai Islam (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Ampang Park – Surau Tabung Haji (Keluar Pintu B)

6. Stesen MRT Persiaran KLCC – Masjid Asy-Syakirin (Keluar Pintu C)

7. Stesen MRT Sungai Besi – Masjid Jamek Ibnu Khaldun (Keluar Pintu C)

8. Stesen MRT Serdang Raya Utara – Masjid Al-Islah Serdang Raya (Keluar Pintu A)

9. Stesen MRT Taman Equine – Surau Al-Munawwarah Seri Kembangan (Keluar Pintu A)

Manakala untuk MRT Laluan Kajang, terdapat enam masjid/surau yang berdekatan

1. Stesen MRT Pasar Seni – Masjid Negara (Melalui jejantas ke KTM Kuala Lumpur)

2. Stesen MRT Merdeka – Masjid Al- Sultan Abdullah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Cochrane – Masjid Jamek Alam Shah (Keluar Pintu A)

4. Stesen MRT Sri Jaya – Masjid Kariah Batu 10 Cheras (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Bukit Dukung – Surau Al-Falah (Keluar melalui jejantas Park N’Ride)

6. Stesen MRT Kajang – Masjid India Kajang (Keluar Pintu A)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nik sayang warga emas
9 hours ago

Nik 'Sayang Warga Emas' Meninggal Dunia, Pernah Tular Kahwini Lelaki Usia 70 - "Jenazah Bersih Sahaja, Allah Mudahkan"

The post ‘Rushing’ Nak Balik Rumah, Tak Sempat Nak Solat Dan Berbuka? Ini Senarai Masjid & Surau Yang Berdekatan Stesen MRT! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Sikap Anda Itu Cukup Mencerminkan Peribadi Sendiri”– Norman Hakim

$
0
0

Pelakon Norman Hakim semalam telah mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati di Instagram Story miliknya.

Dalam perkongsian itu, Norman berkongsi bahawa seseorang itu tidak perlu ada perasaan kesal kerana menjadi orang yang baik kepada orang yang salah.

Advertisement

Norman juga menzahirkan rasa bahawa keperibadian seseorang itu sudah jelas terlihat melalui perangai dan sikapnya.

Norman Hakim

Never regret being a good person to the wrong people. Your behaviour says everything about you, and their behavior says enough about them.

Sebelum ini, Norman ada menegur bekas isterinya, pelakon Abby Abadi untuk berhenti berkongsi mengenai perihal anak perempuan mereka, Marissa Dania yang dilaporkan bernikah dengan lelaki pilihan di Songkhla, Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz bff
1 day ago

"Dia Tak Lekang Berdakwah Sebenarnya" - Rakan Baik Kongsi Perkembangan Terkini Aliff Aziz, Mohon Doa Peminat

The post “Sikap Anda Itu Cukup Mencerminkan Peribadi Sendiri” – Norman Hakim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Kita Jumpa Setiap Hari Di Lokasi..”– Izzue Islam Percaya Tak Perlu Berdua-Duaan Untuk Bina ‘Chemistry’, Tahu Jaga Batas Sendiri

$
0
0

Pelakon dan pengacara terkenal, Izzue Islam berkata dia tidak memerlukan sesi tambahan bersama pelakon wanita bagi membina keserasian dalam sebuah drama. Sebaliknya ia boleh dibina di lokasi penggambaran sahaja tanpa perlu dibawa ke luar set.

Boleh dibina di lokasi

Tambah Izzue, dirinya cukup dengan masa di lokasi penggambaran untuk membina chemistry bersama pelakon gandingannya. Tambahan pula, ada masa-masa lain seperti masa berehat untuk berlatih bersama.

Advertisement

Sebagai contoh, ketika dirinya berlakon dengan aktres Ummi Nazeera baru-baru ini. Menurutnya, meskipun menjaga batas, mereka tetap menemui keserasian yang diperlukan.

Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu break untuk makan pun sudah boleh bina chemistry sesama pelakon.

 

Setakat ini, saya berlakon dengan pelakon Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri dalam drama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Pandai menjaga batas

Selain itu, aktor berumur 33 tahun ini turut menjelaskan bagaimana dirinya membawa karakter dalam sebuah drama tanpa memerlukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Pada masa yang sama, ketika disoal pandangannya tentang bekerjasama dengan artis yang terpalit dengan kontroversi, Izzue berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya kedua-dua pihak bersikap profesional di lokasi.

Setakat ini, saya tidak pernah digoda artis wanita tapi saya tahu ada beberapa pelakon yang tak selesa dengan saya sebab tak boleh bersentuhan dalam lakonan.

 

Saya pernah beberapa kali digandingkan dengan artis yang sebegitu (kontroversi) sebelum ini.

 

Setakat ini tiada masalah sebab mereka mungkin sudah tahu kalau berlakon dengan saya tak boleh bersentuhan dan pada masa sama, isteri juga ada di lokasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Terdahulu, salah seorang kru penerbitan drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Aliff Aziz dan Ruhainies mendedahkan mereka sering terlihat bersama dan terlalu rapat dengan alasan bagi membina chemistry di lokasi penggambaran.

4 days ago

"Atas Seorang Punyai Perangai, Tempias semua.." - Ummi Nazeera Minta Drama Baru Bersama Aliff Aziz Tidak Diboikot Netizen

The post “Kita Jumpa Setiap Hari Di Lokasi..” – Izzue Islam Percaya Tak Perlu Berdua-Duaan Untuk Bina ‘Chemistry’, Tahu Jaga Batas Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Tak Pernah Ambik P*sau Paksa Awak Join”– Penyanyi Dikecam Letak Harga RM60 Untuk ‘Event’ Berbuka Puasa Bersama Peminat

$
0
0

Bekas peserta Big Satge 2023, Meer Nash menerima kecaman daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengenakan harga RM60 untuk peminat yang ingin berbuka puasa bersama-samanya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Meer Nash ada berkongsi tangkap layar yang memaparkan komen netizen mempertikaikan tindakanya meletakkan caj seperti itu untuk acara berkenaan.

Advertisement

Hate comment waktu subuh yang rare. Kenapa rare? Sebab tak sangka bulan puasa ada juga orang hati busuk dengki fasal orang lain, baru saja lepas sahur.

Saya tak pernah ambik pisau paksa awak join pun event saya, tapi tengok cara komen, macam orang yang kenal saya personally.

Tambahnya lagi, dia sudah tidak tahan apabila menerima komen-komen seperti itu sedangkan dia tidak pernah menganggu orang lain.

Sampai bila kami yang tak kacau hampa ni nak berdiam diri dan terima saja segala tohmahan dan cacian? Kami pun ada perasaan juga.

Meer Nash juga menafikan bahawa dia tidak pernah mengaut sebarang keuntungan daripada acara bertemu peminat yang dianjurkannya.

Meskipun dikecam, penyanyi itu berkata ramai peminat yang sudah mula mendaftar untuk acara berkenaan dan dia juga sudah tidak sabar untuk bertemu mereka pada 31 hari bulan nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman Hakim
3 hours ago

"Sikap Anda Itu Cukup Mencerminkan Peribadi Sendiri" - Norman Hakim

The post “Tak Pernah Ambik P*sau Paksa Awak Join” – Penyanyi Dikecam Letak Harga RM60 Untuk ‘Event’ Berbuka Puasa Bersama Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Sebagai ‘Gaji’ Isteri Sepanjang Jadi Suri Rumah, Mahkamah Wajibkan Suami Bayar Wang Pampasan RM450K

$
0
0

Baru-baru ini, Mahkamah Wilayah Ponteverdra telah membuat keputusan memihak kepada seorang wanita yang meminta pampasan selepas bertahun-tahun ‘bekerja keras’ menjadi suri rumah sepanjang perkahwinannya.

Bekas suami wajib bayar wang pampasan

Susulan keputusan berpihak kepada belah wanita, bekas suami diwajibkan untuk membayar 88,025 euros (RM450,000) kepada wanita terbabit sebagai wang pampasan sepanjang membuat kerja rumah tanpa gaji sebelum ini.

Advertisement

suri rumah

Difahamkan dari laporan sebuah portal, kes ini berlaku ke atas pasangan yang sudah berkahwin selama 26 tahun, namun bercerai pada tahun 2022.

Suami hidup senang, isteri mula dari bawah

Perbezaan yang sangat ketara dari segi kewangan selepas pilih jalan untuk berpisah jelas kelihatan, dimana si isteri perlu bermula dari bawah, manakala si suami boleh menikmati segala yang dimiliki.

Jumlah wang pampasan itu berdasarkan nilai gaji isteri sepanjang menjadi suri rumah dan pada mulanya mahkamah menetapkan pampasan sebanyak 120,000 euro tetapi si suami meminta ia dikurangkan menjadi 60,000 euro.

suri rumah

Namun, wanita terbabit mendesak agar pihak mahkamah menaikkan jumlah berkenaan kepada 88,025 euro (RM450,000) kerana jumlah itu mencerminkan sumbangannya sepanjang perkahwinan mereka dan membesarkan anak.

cerai
1 month ago

"Tanpa Bukti, Tanpa Saksi" - Gugur Air Mata Isteri Pertahankan Maruah, Suami Tuduh Buat Zina Dalam Mahkamah

The post Sebagai ‘Gaji’ Isteri Sepanjang Jadi Suri Rumah, Mahkamah Wajibkan Suami Bayar Wang Pampasan RM450K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Melecur Muka & Tangan Sebab Gas Meletup Ketika Makan Di Restoran, ‘Owner’ Didakwa Tidak Prihatin? –“Langsung Tak Call”

$
0
0

Keseronokan tujuh sekeluarga untuk menikmati makan malam berakhir dengan tragedi apabila berlaku letupas gas di restoran yang mereka kunjungi.

Menerusi hantaran yang tular di X, letupan gas memasak itu menyebabkan ahli keluarga tersebut tercampak dan mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan tangan.

Advertisement

restoran

 

Pihak restoran buat tak tahu?

Pihak restoran yang terletak di Temerloh itu juga didakwa langsung tidak melakukan follow up dan bertanya tentang keadaan semua mangsa terlibat.

Menurut perkongsian mangsa, ketika insiden itu berlaku pemilik kedai telah mengambil nombor telefon namun tidak menghubungi sebaliknya mereka pula yang perlu hubunginya.

Bila call nombor kedai dan tanya update tentang kebakaran yang menimpa keluarga kami, admin cakap ‘Ini kes tahun lepas kan?’. Sedangkan kes baru jadi. Staf tak diberitahu tentang kejadian kami dan kedai beroperasi seperti biasa.

komen

 

Nak bayar RM1K untuk whole family

Seorang individu bernama Asri Yusof berkongsi kisah yang dilalui anaknya itu bersama keluarga menantunya yang berkumjung ke restoran berkenaan pada 9 Mac lalu.

Dakwanya, pihak restoran ada membuat tawaran untuk membayar sejumlah RM1,000 untuk seluruh keluarga tersebut selepas berlakunya insiden berkenaan.

restoran

restoran

 

Baru nak keluarkan kenyataan

Bagaimanapun, selepas isu ini tular pihak restoran telah tampil memberikan kenyataan menerusi akaun Instagram di mana mereka memohon maaf kerana lewat memberi respon.

Katanya, pihak kedai sudah menziarahi dan berjumpa untuk berbincang dengan mangsa pada 11 Mac di rumah dan 14 Mac di hospital.

Hasil perbincangan kami sudah mencapai kata sepakat untuk tindakan selanjutnya, Keutamaan sekarang adalah untuk mangsa pulih dan selepas itu tindakan selanjutnya akan dilakukan.

statement restoran

 

The post Melecur Muka & Tangan Sebab Gas Meletup Ketika Makan Di Restoran, ‘Owner’ Didakwa Tidak Prihatin? – “Langsung Tak Call” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


“Saya Akan Selalu Ingat Pengorbanan..”– Aisyah Aziz Sedih Ibu Terkena Tempias Kontroversi, Saksi Kekuatan Ibu

$
0
0

Baru-baru ini, adik perempuan kepada aktor sensasi Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz telah meluahkan perasaan mengatakan dia adalah saksi kepada kejadian yang dialami ibunya selepas kontoversi melanda Aliff yang ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies.

Ibu tanggung bertahun-tahun

Menurut Aisyah di ruangan komen hantaran ibunya, Siti Haliza, hanya dia lah yang melihat apa sebenarnya yang dirasakan oleh ibunya itu sepanjang bertahun-tahun. Ada kala hingga tidak dapat tidur malam kerana kecaman daripada netizen.

Advertisement

Saya tahu pergorbanan ibu, saya ingat semua dan semoga Allah menolong saya untuk tidak melupakannya.

 

Ibu telah membuktikan pada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula dari kesanggupan dan kesediaan untuk berada dalam keadaan yang tidak selesa demi Allah dan cinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Diuji dengan pelbagai cabaran

Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut mendedahkan ibunya telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang dirinya membesar. Namun begitu, Haliza terlihat tetap kuat dan sabar dalam melalui dugaan tersebut.

Malah, Aisyah berkata dirinya tidak akan dapat melupakan segala cabaran yang ibunya itu tempuhi dan mendoakan agar Haliza diberikan ganjaran atas kekuatan dan semoga dikurniakan sabar dan keampunan.

Ramai yang percaya mereka tidak boleh berubah kerana masa terlalu suntuk, tapi saya beruntung kerana dapat menyaksikan perjalanan ibu ke arah sabar dan keinsafan.

 

Saya akan selalu ingat ibu, pengorbanan ibu, kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon yang terpaksa ibu tanggang selama bertahun-tahun.

aisyah azizSumber : Instagram  

Terdahulu, ibu kepada Aisyah dan Aliff ini telah memuat naik video yang memaparkan Aliff yang dipercayai sudah pulang ke Singapura berjumpa keluarganya. Haliza juga mendedahkan dirinya dan keluarga telah menerima pelbagai kecaman dan makian daripada netizen sejak kontroveri anaknya itu.

ibu aliff aziz
5 hours ago

"Taksub Pada Manusia Yang Boleh Pasti Kebenarannya" - Ahli Keluarga Sudah Meninggal Turut Dihina, Ibu Aliff Aziz Bersuara

The post “Saya Akan Selalu Ingat Pengorbanan..” – Aisyah Aziz Sedih Ibu Terkena Tempias Kontroversi, Saksi Kekuatan Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Tak Sangka Astro Tertarik Dengan Idea Saya”– Bermula Dari TikTok, Ryan Bakery Kini Bergelar Pengarah

$
0
0

Kalau sebut saja nama Ryan Bakery, pasti sudah ramai yang mengenali pempengaruh itu melalui konten-konten hiburan yang sering dipamerkan di platform TikTok.

Drama pendek Budak Bedak The Series

Sempena bulan Ramadan, Ryan bersama rakannya iaitu Wan Chai, Yeett, Black, Adam Bakery dan Farihin Arnia muncul di kaca televisyen melalui drama pendek berjudul Budak Bedak The Series, dimana ia akan disiarkan di Astro Gempak.

Advertisement

Budak Bedak The Series asalnya bukanlah untuk Ramadan, tetapi lebih kepada perkongsian doa harian dan kejadian berlaku di kelas mengaji.

Ryan turut meluahkan rasa terkejut apabila pihak Astro menerima ideanya dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Endy (@wanchaileii)

Pengalaman duduk di kerusi pengarah

Dalam pada itu, Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata duduk di kerusi pengarah merupakan pengalaman yang menyeronokkan biarpun pada mulanya berasa kekok.

Menurut Ryan, selama ini dia hanya mencipta kandungan untuk dimuat naik di platform media sosial, jadi pempengaruh itu merasakan perbezaan apabila menjadi pengarah.

Perkembangan lain, Ryan Bakery memberitahu sejak bergelar bapa dua bulan yang lalu, jadualnya amat padat kerana terpaksa bercuti untuk memberi fokus kepada isteri yang baru bersalin.

Ryan Adam bakery
5 months ago

"Tak Rasa Apa, Kami Bukan Penyanyi.." - Dikritik Nyanyi Tak Sedap Di Famili Duo, Ryan Bakery Beri Respon..

The post “Tak Sangka Astro Tertarik Dengan Idea Saya” – Bermula Dari TikTok, Ryan Bakery Kini Bergelar Pengarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Kalau Fikir Forex Boleh Beri Makan, Cari Balik Iman Kau”– Setahun Tinggalkan Forex, Suami Fatin Afeefa Yakin Pada Rezeki Allah

$
0
0

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas terpalit dengan beberapa kontroversi ‘panas’ sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai memaklumkan dirinya sudah pun meninggalkan pelaburan mata wang asing (forex).

Dah ‘bersih’ selama setahun

Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang berkata dia enggan lagi bercakap soal forex ataupun melibatkan diri dalam aktiviti yang disifatkan sebagai perkara ‘bodoh’.

Advertisement

Menurut pempengaruh itu, biarpun dia sudah lama tidak terlibat dalam aktiviti forex, kehidupannya masih berjalan seperti biasa dan yakin ia bukanlah satu-satunya rezeki untuk dia.

Kalau kau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.

Didakwa menipu, tak tepati janji

Opai mengeluarkan kenyataan itu selepas dirinya dituduh seorang penipu kerana tidak menepati janji untuk menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.

Individu tersebut turut mengaitkan dakwaan menipu itu dengan aktiviti forex yang pernah Opai lakukan sebelum ini.

Tidak mendiamkan diri, suami kepada Fatin Afeefa itu menjelaskan dia terpaksa tutup gerai roti John tersebut kerana kurang pakar dalam memasak juadah terbabit.

Opai fatin afeefa
10 months ago

"Terpaling Supercar Sampai Nampak B*doh" - Suami Fatin Afeefa Hina Orang Pakai Kereta Biasa, Tuanku Putera Johor Beri Pesanan

The post “Kalau Fikir Forex Boleh Beri Makan, Cari Balik Iman Kau” – Setahun Tinggalkan Forex, Suami Fatin Afeefa Yakin Pada Rezeki Allah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Juadah Di Bazar Selalu Mengecewakan Dan Tak Padan Harga? Ini Senarai Makanan ‘Problematic’ Dijual Di Bazar Ramadan

$
0
0

Bulan puasa adalah bulan dimana orang ramai akan mengungjungi pelbagai bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka mereka. Makanan yang dijual di bazar pula mempunyai banyak pilihan hingga rambang mata.

Namun begitu, sepanjang bulan Ramadan ini, ada sahaja isu yang timbul berkaitan makanan yang dibeli. Kadang kala ia terlalu mahal, basi atau mengecewakan. Agaknya tahun ini makanan apa yang ‘problematic‘?

Advertisement

1. Tauhu bergedil inti karipap

2. Roti Canai tebar sendiri

roti canai

3. Kebab ‘penyek’

4. Popia inti angin

<

/p>

5. Roti John daging cheese, tanpa daging

roti john

6. Popia inti tauge hangus

tauge

7. Puding Caramel keras

8. Air kulit tembikai

air tembikai

9. Tepung Pelita lepat

10. Ikan keli goreng ‘telur’

ikan keli

Oleh itu, untuk pembeli makanan dan minuman di bazar Ramadan, dinasihati agar melihat dan memastikan makanan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan berlaloi dengan harga yang dibayar. Jangan jadi mangsa makanan bazar ‘problematic’!

surau masjid dekat mrt station
21 hours ago

'Rushing' Nak Balik Rumah, Tak Sempat Nak Solat Dan Berbuka? Ini Senarai Masjid & Surau Yang Berdekatan Stesen MRT!

The post Juadah Di Bazar Selalu Mengecewakan Dan Tak Padan Harga? Ini Senarai Makanan ‘Problematic’ Dijual Di Bazar Ramadan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Senang Jadi Lelaki Macam Ni, Ambil Anak Dara Orang Lepastu..”– Netizen Mahu Aslam Tampil Mohon Maaf, Kasihan Lihat Abby Abadi Tanggung Beban

$
0
0

Masih diperkatakan sehingga ke hari ini, isu melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Aslam yang bernikah dengan seorang lelaki bergelar suami orang di Songkhla, Thailand.

Kisah anak Abby Abadi &. Norman Hakim masih jadi sorotan

Perkahwinan tanpa restu ibu bapa itu pastinya menjadi sorotan apatah lagi Abby Abadi secara terbuka ada berkongsi mengenainya di media sosial.

Advertisement

Namun, perkongsian atau luahan isi hati pelakon itu mengenai keterlanjuran anaknya telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim ada menegur tindakan aktres itu yang dikatakan seolah membuka pekung sendiri.

Ramai netizen tampil meluahkan rasa simpati terhadap Abby Abadi yang dilihat terpaksa menanggung segala kecaman dan menjawab segala spekulasi melibatkan anaknya, Marissa.

Netizen tertanya dimanakah Aslam?

Ada juga netizen yang menuntut lelaki di sebalik isu perkahwinan ‘senyap-senyap’ iaitu Aslam untuk tampil memohon maaf di atas segala kekecohan yang berlaku.

Kata netizen, tidak adil untuk keluarga pihak perempuan terutamanya si ibu Marissa menghadapi segala kekusutan seorang diri.

KomenX
KomenSumber : X  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman Hakim
3 hours ago

"Sikap Anda Itu Cukup Mencerminkan Peribadi Sendiri" - Norman Hakim

The post “Senang Jadi Lelaki Macam Ni, Ambil Anak Dara Orang Lepastu..” – Netizen Mahu Aslam Tampil Mohon Maaf, Kasihan Lihat Abby Abadi Tanggung Beban first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Ramai Turut Boikot Golongan Bermasalah Ini, Saya Angkat Dua Ibu Jari..”– David Teo Setuju Penerbit ‘Blacklist’ Artis Kontroversi

$
0
0

Baru-baru ini, semakin ramai penerbit yang menyenaraihitam artis-artis yang terlibat dalam kontroversi dan penerbit David Teo juga ingin melakukan perkara yang sama demi menjaga nama baik syarikat produksinya, Metrowealth International Group (MIG) itu.

Ikut jejak penerbit lain

Kata David Teo, memang ada segelintir artis yang bermasalah namun masih besar kepala dan sombong kerana sudah dikenali ramai. Katanya, dia ingin turut mengikut jejak penerbit lain yang memboikot selebriti kontoversi kerana sudah tidak tahan melihat mereka diberi banyak peluang.

Advertisement

Saya bersetuju segelintir penerbit mahupun pengarah yang memboikot artis bermasalah sebab ini adalah satu bentuk pengajaran bagi mereka sedar diri. Apabila nama sudah melambung naik tinggi, mereka lupa tengok bawah.

 

Sama sahaja baik pelakon sendu mahupun popular, masing-masing ada perangai sendiri, besar kepala sehingga menyebabkan penerbit dan pengarah rugi besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Bukan ingin menutup periuk nasi

Selain itu, pengurus MIG ini juga menjelaskan isu ini bukan sesuatu perkara yang baru dan boleh terjadi pada mana-mana artis dalam industri seni ini. Tambah David, kali ini dia berancang untuk tidak memberi muka sebaliknya memberi pengajaran pada mereka.

Tidak mahu disalah anggap, penerbit terkenal ini menegaskan tindakannya itu bukan kerana ingin menutup rezeki artis-artis tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan artis ini ibarat senario yang tidak akan pernah selesai, apabila sekarang ramai turut memboikot golongan bermasalah ini, saya angkat dua ibu jari.

 

Menyokong di sini bukan ingin menutup periuk nasi mereka namun, sekadar memberi pengajaran dan berharap dia berubah suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Sebelum ini, David telah mendedahkan keputusan untuk meminta pelakon Hun Haqeem membayar ganti rugi sebanyak lebih RM600,000 kepada syarikat MIG atas sebab pelanggaran kontrak.

a. aida blacklist ruhainies
1 week ago

"Takde Orang Lain Ke Nak Mengorat" - Pernah Jadi 'Kesayangan', A.Aida 'Blacklist' Ruhainies Untuk Produksinya

The post “Ramai Turut Boikot Golongan Bermasalah Ini, Saya Angkat Dua Ibu Jari..” – David Teo Setuju Penerbit ‘Blacklist’ Artis Kontroversi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Ada Yang Dah ‘Sold Out’! Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024

$
0
0

Minggu kedua bulan Ramadan, sudah tentu ketika ini ramai yang sedang mencari baju raya dan membuat perbandingan harga atau pilihan mengikut tema warna masing-masing.

Banyak kita dengar keluhan masyarakat tentang harga baju raya yang saban tahun makin meningkat malah ada yang berpendapat ia tidak wajar.

Advertisement

Mari kami kongsikan tiga baju raya termahal pada tahun ini yang dicipta oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

 

1. Teja, ciptaan Rizman Ruzaini

Baju ini menduduki takhta pertama sebagai baju raya dengan harga paling mahal dan tidak masuk akal iaitu RM13,800!

Meskipun sudah dihasilkan dengan lima pilihan saiz iaitu dari XS ke XL namun Teja ini boleh juga ditempah oleh pelanggan mengikut ukuran saiz badan.

rizman

Berwarna hitam, baju one piece ini menonjol di bahagian bahu, lengan dan dada kerana ia dihiasi manik (ke berlian?) yang menyerlahkan sisi eksklusif rekaan tersebut.

rizman

 

2. Lotfia in Ivory Teal, ciptaan FIZIWOO

Meskipun jauh berbeza harganya dengan Rizman Ruzaini di atas namun pada saya ia masih dikira tidak masuk akal kerana ia dijual pada harga ribuan ringgit.

Menurut laman sesawang FIZIWOO, baju diberi nama Lotfia ini dijual pada harga RM4,200 dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.

fiziwoo

Terkejut dengan harga baju raya ini? Lebih terkejut lagi kalau anda dapat tahu bahawa baju ini sebenarnya sudah habis terjual.

Tapi, jangan risau jika anda mahu menggayakan koleksi baju raya ciptaan FIZIWOO pada tahun ini bolehlah lihat beberapa rekaan lain yang dijual pada harga yang sama.

 

 

3. Alba Kurung ciptaan Alia Bastamam

Memberi imej elegan buat si pemakai, baju kurung ini dijual pada harga RM2,800 dan Alia Bastamam hanya mengeluarkan rekaan ini dengan satu warna sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia Bastamam (@aliabastamamkl)

Alba Kurung ini diperbuat daripada liquid satin dan didatangkan dengan lima pilihan saiz namun menurut laman sesawang saiz XL didapati sudah habis terjual.

alia bastamam

Dulu selalu tertanya ada ke orang yang nak membeli baju raya dengan harga ribuan ringgit tapi bila dah sold out memang terbuktilah ramai rakyat Malaysia yang kaya. Huhu!

Apa apa pun, saya memang terus terang tak mampu nak beli baju raya macam ini. Kalau yang harga RM300 pun masih teragak-agak apatah lagi yang harga macam ini. Lagi mahal daripada bayar kereta…

kopiah
6 days ago

(VIDEO) "Beli Baju Raya RM100 Boleh, Takyah Berkiralah.." - Kopiah RM75 Dipertikai, Penjual Tampil Bersuara

The post Ada Yang Dah ‘Sold Out’! Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


“Hanya Saja Allah Menutup Aibku”– Ruhainies ‘Like’ Hantaran Ibu Aliff Aziz Di Instagram

$
0
0

Pelakon Ruhainies kembali mencuri perhatian warga maya apabila dia dirakam memberi tanda ‘like’ pada hantaran yang dimuat naik oleh ibu Aliff Aziz di Instagram.

Ibu Aliff luah perasaan di IG

Hantaran asal ibu Aliff iaitu Hafiza memaparkan kata-kata yang berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi ‘aibku”.

Advertisement

Malah, dia juga menulis kapsyen di mana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Ruhainies ‘like’ hantaran ibu Aliff Aziz

Menjengah ke ruangan ‘likes’, anaknya, Aliff Aziz dan juga aktres Ruhainies turut dilihat meninggalkan tanda suka.

Like ruhainiesSumber : Instagram  

Sebelum ini, Hafiza didakwa sudah tidak lagi mengikuti instagram menantunya, Bella Astillah namun aktres itu masih mengikuti ibu mentuanya itu di media sosial berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aslam marissa abby
11 hours ago

"Senang Jadi Lelaki Macam Ni, Ambil Anak Dara Orang Lepastu.." - Netizen Mahu Aslam Tampil Mohon Maaf, Kasihan Lihat Abby Abadi Tanggung Beban

The post “Hanya Saja Allah Menutup Aibku” – Ruhainies ‘Like’ Hantaran Ibu Aliff Aziz Di Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Jangan Batal Saat Akhir, Book Main-Main” – Hafiz Mahamad Sediakan 10 Bas Percuma Untuk Balik Kampung Beraya

$
0
0

Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad sekali lagi menyediakan 10 buah bas persiaran buat rakyat yang mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memahami golongan kurang berkemampuan

Kata Hafiz, tahun ini merupakan tahun keempat dia meneruskan tradisi menyediakan bas percuma buat orang ramai kerana memahami ada yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk pulang beraya di kampung.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurutnya lagi, dia berharap agar dengan bantuan ini dia mampu untuk menolong golongan tidak berkemampuan pulang ke kampung halaman dan beraya bersama keluarga.

Jangan batal saat akhir dan book main-main. Kasihan saya nanti. Baik kita beri peluang pada mereka yang memerlukan.

Netizen terharu dengan Hafiz

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana wujudnya influencer yang mengambil berat tentang kesusahan golongan yang kurang kemampuan.

komen

komen

Dalam pada masa yang sama, ramai juga mendoakan agar Hafiz Mahamad diberi keberkatan di bulan mulia ini atas inisiatifnya yang membuatkan ramai orang berasa bahagia.

hafiz mahamad
6 days ago

"Harap Cukup Untuk Kos Pembinaan Rumah.." - Hafiz Mahamad Turun Padang, Sumbang RM30K Untuk Keluarga Rumah Terbakar

The post “Jangan Batal Saat Akhir, Book Main-Main” – Hafiz Mahamad Sediakan 10 Bas Percuma Untuk Balik Kampung Beraya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart –“Saya Percaya Rezeki Allah”

$
0
0

Pelawak dan usahawan, Shuib berkata dia tidak akan memandang enteng isu penjualan stokin yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang menjadi ‘viral’ baru-baru ini.

Ujar Shuib, perkara yang menyentuh sensitiviti agama ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku dalam mana-mana bidang perniagaan ataupun situasi.

Advertisement

Dia yang juga merupakan duta kedai serbaneka itu menegaskan tidak akan menyokong jika perkara itu benar-benar terjadi.

Kita akan marah sebab kalimah Allah ini benda yang terlalu besar. Kalau benar, saya tidak akan menyokong, saya tak akan mengiyakan langsung sebab ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

Saya memang marah ketika isu ini tercetus sebab tidak sepatutnya berlaku. Perkara yang terjadi itu sangat keji, ini yang saya boleh cakap.

Dalam pada itu, Shuib juga mengakui sedia melepaskan komitmennya sebagai seorang duta jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.

ShuibSumber : Facebook  

Saya akan teguh berdiri sebagai seorang umat Islam yang tidak akan sesekali menyokong sesuatu perkara salah. Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika memang tiada rezeki saya maka tiadalah dan sebaliknya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila wujud stokin yang tertera kalimah Allah dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Syarikat itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran itu dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung isu tersebut yang didakwa biadab dan sengaja menvetuskan provokasi terhadap institusi agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
16 hours ago

"Hanya Saja Allah Menutup Aibku" - Ruhainies 'Like' Hantaran Ibu Aliff Aziz Di Instagram

The post Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart – “Saya Percaya Rezeki Allah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Sejujurnya Saya Pun Tak Tahu..”– Lama Tiada ‘Update’ Tentang Ameena, Shakilla Khoriri Menjawab Soalan Orang Ramai

$
0
0

Baru-baru ini, aktres popular, Shakilla Khoriri menerima banyak soalan yang berkaitan dengan keberadaan anaknya, Ameena Sofia setelah lama tiada update tentang anaknya itu yang dikongsikan di media sosial.

Anak sedang dijaga bekas suami

Menjawab kepada persoalan itu, Shakilla berkata anaknya itu sekarang berada di bawah penjagaan bekas suaminya iaitu penyampai radio, Fizi Ali. Tambahnya pula, dia sendiri juga hanya mengetahui perkembangan tentang anaknya itu melalui hantaran Fizi di media sosial.

Advertisement

Ramai yang tanya kenapa Umi (Shakilla) tak ada update apa-apa fasal Ameena. Ameena okay ke? Sejujurnya Umi pun tak tahu Ameena okay ke tak.

 

Sebab Ameena masih dengan Daddy dia sejak Jumaat. Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi Umi kasi peluang lama dengan Daddy sampai Jumaat ini.

 

So bila kalian semua tanya Umi, jawapan Umi adalah, entah. Umi pun tengok update fasal Ameena dekat Instagram Daddy dia je. Selain dari tu, Umi tak tahu sebab tak ada update pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Pandai menjaga anak

Pada masa yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mendedahkan dia percaya bekas suaminya itu mampu menjaga anak mereka dengan baik dan menjalani hidup masing-masing dengan harmoni.

Shakilla turut minta didoakan agar mereka bertiga dapat mengekalkan hubungan yang baik demi Ameena.

Harapnya Ameena okay dan sekolah macam biasa. InsyaAllah. Umi percaya Daddy Ameena jaga Ameena the best!

 

Harapnya Ameena dan Daddy have a great time together. InsyaAllah. Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni terutamanya untuk anak kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Terdahulu, Shakilla telah membenarkan bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak mereka selama empat hari bermula pada 1 Mac atas persetujuan kedua belah pihak semasa menghadiri pembicaraan di mahkamah.

fizi
7 days ago

"Ada Yang Cakap Daddy Terpaling Bapak.." - Tak Peduli Dituduh Rebut Anak, Fizi Ali Titip Ucapan Menyayat Hati Untuk Ameena

The post “Sejujurnya Saya Pun Tak Tahu..” – Lama Tiada ‘Update’ Tentang Ameena, Shakilla Khoriri Menjawab Soalan Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

“Buatlah, Walaupun Merangkak..”– Lisa Surihani Kongsi Tips Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan ‘Hijrah’

$
0
0

Pelakon dan personaliti TV, Lisa Surihani baru-baru ini ada berkongsi tips untuk kekal istiqamah dalam hijrah diri menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T.

Perkongsian pelakon filem Istanbul Aku Datang itu kemudiannya dikongsi di platform media sosial TikTok dan telah menjadi sorotan netizen di media sosial.

Advertisement

Lisa Surihani berkongsi tips istiqamah dalam hijrah

Dalam video tersebut, Lisa berkongsi tips dan rahsia yang diamalkannya untuk kekal istiqamah.

Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala.

Kongsinya lagi, untuk sentiasa berterusan melakukan amalan sunnah misalnya, seseorang itu perlu berada di persekitaran yang baik dan menggalakkan untuk mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pilih persekitaran yang baik

Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terinspirasi dengan perkongsian Lisa Surihani dan turut mendoakan agar isteri kepada penyanyi dan komposer Yusri Abd Halim ini terus istiqamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuibb kk mart
54 mins ago

Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart - "Saya Percaya Rezeki Allah"

The post “Buatlah, Walaupun Merangkak..” – Lisa Surihani Kongsi Tips Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan ‘Hijrah’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Viewing all 31108 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>