Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30926

Saya Tak Pakai Bikini Pun – Ainul Aishah

$
0
0

Tidak berdiam diri seperti Diana Danielle, Ainul Aishah telah mengambil keputusan untuk memberikan sedikit komen tentang gambar seksi dirinya yang kelihatan seakan-akan berbikini baru-baru ini. Secara jujur, Abang Nara memang sangka  Ainul berbikini, namun rupa-rupanya sangkaan tersebut ternyata salah. Berdasarkan penerangan di laman sosial, Ainul memaklumkan yang dia menggunakan ‘mirror apps’ sehingga gambar tersebut jadi sebegitu.

ainul aishah berbikini

Apa itu ‘mirror apps’? Kalau tak silap Abang Nara, ia seolah-olah kita mengambil gambar diri yang dipantulkan dalam cermin. Lebih kurang macam itulah. Hari ini juga menerusi Harian Metro, Ainul telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Yang penting, Ainul tidak berbikini seperti yang dianggap oleh orang ramai. Malah Ainul juga turut memaklumkan komen-komen yang ditulis sekadar untuk menghiburkan hatinya. Kata Ainul Aishah:-

Saya tak nak bercakap mengenai hal itu sebab kalau tengok betul-betul saya tak pakai bikini pun. Saya sarung baju di luar. Saya tak fikir hal ini patut dipanjangkan lagi dan tidak perlulah saya memberikan komen lebih lanjut sebab ia bukan perkara penting.

Selepas jadi makin kecoh itu, saya balas komen orang hanya untuk suka-suka bagi menghiburkan hati saya. Saya sudah berfikir secara mendalam, lebih baik berkawan daripada mencetuskan permusuhan.

Kejadian itu sangat negatif kepada saya. Ia membuatkan saya rimas dan letih kerana kehidupan saya sentiasa dikelilingi perkara positif selama ini.

ainul aishah berbikini

Senang cerita sepatutnya gambar-gambar yang mampu menimbulkan kontroversi hendaklah disimpan untuk tatapan diri sendiri dan tidak dimuatnaik ke laman sosial. Kalau termuatnaik pun, boleh buang dengan secepat mungkin selepas mendapat reaksi daripada para peminat. Pesanan ini bukan untuk Ainul Aishah sahaja, tetapi untuk semua manusia di luar sana, terutamanya wanita. Kadangkala kita memang anggap tak ada apa-apa, tetapi kekecohan boleh terjadi tanpa diduga. Bak kata orang, pencegahan lebih baik daripada rawatan. Tak gitu?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30926

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>