Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30861

Alyah Dinasihatkan Peminat Untuk Tidak Kongsi Masalah Di Laman Sosial

$
0
0

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah telah memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita bersama kapsyen yang menimbulkan seribu persoalan.

Ramai beranggapan yang Alyah sedang berdepan dengan masalah rumahtangga, malah Alyah memberitahu wanita dalam gambar tersebut yang bernama Siti Hafilah Che Kar telah mengganggu hubungan Alyah dengan suaminya sejak sebelum berkahwin lagi.

 

Bagaimanapun, ramai peminat Alyah beranggapan penyanyi itu tidak sepatutnya mengongsikan masalah beliau di laman sosial. Rata-rata komen yang diberikan kepadanya meminta Alyah agar menyelesaikan masalah peribadi secara tertutup dengan bersemuka dan berkomunikasi dengan suaminya.


 photo Untitled.png
Buat Alyah, nasihat dari peminat anda itu ada betulnya. Mengongsikan masalah peribadi di media sosial biasanya hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ramai memahami anda sedang berduka dan kecewa, tetapi anda perlu yakin bahawa tiada yang sebaik pelindung dan penolong melainkan Allah SWT.

Di harap Alyah dapat memberi sepenuh fokus kepada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung hujung minggu ini dengan lagu Sesal Separuh Nyawa. Semoga anda terus sukses dan akan menemui kebahagian yang anda cari. Amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30861

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>