Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30861

Putus Cinta Dengan Emma Maembong, Zizan Razak Minta Diberi Ruang

$
0
0

Ya kalau Abang Nara jadi Zizan Razak pun, mesti sekarang ini tengah bersedih kerana hubungan percintaan yang dibina selama ini musnah sekelip mata. Silap-silap seminggu tak keluar rumah. Berendam air mata. Tengok gambar Emma Maembong sambil meraung mengenangkan nasib diri. Itu kalau Abang Naralah. Kasihan juga dengan apa yang menimpa Zizan. Sudahlah kes dengan bekas pengurus akan masuk mahkamah, kini kekasih hati pun sudah tiada di sisi. Pedih!!!

zizan razak dan emma maembong

Di kala Emma Maembong tampil di media untuk memberikan kenyataan mengenai perpisahan mereka, Zizan Razak meminta agar dirinya diberi ruang dan tidak memberikan sebarang komen kerana tidak tahu nak cakap apa. Kata Zizan menerusi Mstar Online:-

Maafkan saya. Buat masa ini saya Tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu itu (putus cinta). Saya harap dapat diberi sedikit ruang buat sementara waktu ini kerana saya sendiri tidak tahu untuk cakap apa.

Sebagai manusia biasa pasti akan diberi dugaan dalam hidup dan saya tidak terkecuali. Masalah ini tidak menggangu saya sebaliknya saya terima dugaan ini dengan tenang.

emma

Sabarlah Zizan. Hati mana yang tak remuk apabila cinta yang diharapkan sampai ke jinjang pelamin hancur berkecai begitu sahaja. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin anda akan bertemu dengan seorang gadis yang lebih baik daripada Emma Maembong. Sudah tertulis tiada jodoh antara anda berdua. Jadikanlah episod ini sebagai satu pengajaran. Semoga anda terus tabah.

P.S: Tempahan Perodua Myvi baharu kini dibuka


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30861

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>