Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30983

(GAMBAR)Fasha Sandha Tidak Halang Peniaga Online Beriklan Di Akaun Instagramnya

$
0
0

Kewujudan media sosial menjadi satu platform yang efektif bagi orang ramai untuk berniaga secara online. Namun begitu, ramai yang tidak memiliki modal untuk mengiklankan produk. Antara cara yang paling popular ialah dengan beriklan di Instagram arts-arts popular yang sememangnya ramai pengikut bagi membuat sedikit promosi.

Namun begitu ada selebriti yang tidak senang dengan pengiklanan secara percuma ini dan menganggap peniaga online ‘tidak ikhlas’ dan hanya mengambil kesempatan dari penat lelah selebriti untuk mengumpul ramai pengikut di Instagram. Namun begitu, tidak bagi pelakon Fasha Sandha yang menyatakan secara terbuka bahawa dia tidak ada masalah jika peniaga online mahu mempromosi produk di akaun Instagram miliknya.

My 10 day old Jemyma and my 18month old Fal. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih semua yang mendoakan kami kesihatan yang baik,kebahagiaan,tak lupa kepada peniaga online yang tak jemu memberi gifts pada Fal dan Jemyma. Setiap hari saya terima gifts yang dihantar ke salon saya dan tak sempat nak insta atau tag.Saya minta maaf saya memang tak terima bayaran untuk buat IG review. Beratus emails saya terima dalam sehari bertanyakan bayaran yang untuk saya buat IG review.,sorry saya memang tak buat. Apapun saya doa kalian success selalu dalam bidang masing2. Anda semua dibenarkan untuk berniaga di gambar2 saya. Saya tidak halang. Asalkan tidak keterlaluan ya. Sayang semua ???? Simple make up by @ijoy89 Dress by @ariweddingcouture Pics by @camoraart #putrirayshajemaima #putrarayfalramli @rizalashramrnt

A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kebanyakan selebriti mengenakan bayaran dan syarat untuk pengiklanan di akaun mereka, namun Fasha bermurah hati tentang ini dan mungkin ini baginya sebagai satu cara untuk membalas jasa pengikut dan peniaga yang sering memberikan produk dan barangan kepada Fasha. Kelasss gitu! Semoga Fasha dan keluarga akan dimurahkan rezeki kerana murah hati membantu pengikut-pengikutnya. Apa pendapat anda?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30983

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>