Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31029

Turn Your World Upside Down Dengan Nescafe Latte Caramel

$
0
0

Bersempena dengan Piala Dunia 2014 ini, Abang Nara sudah membuat persiapan secukupnya. Iyerlah, semua perlawanan berlangsung pada tengah malam sehingga ke awal pagi. Selain daripada makanan ringan seperti kacang, jajan dan kuaci, Abang Nara turut sama membeli sebungkus besar Nescafe Latte Caramel untuk membuatkan mata menjadi lebih segar. Barulah tak tertidur ketika tengok bola.

nescafe latte caramel

Rasa Nescafe Latte Caramel ini memang kena dengan jiwa Abang Nara. Dimaniskan dengan ‘brown sugar’, ia tidak memiliki rasa pahit kopi. Ini kerana Nescafe Latte Caramel diperbuat daripada biji kopi yang dipanggang secara sekata. Rasa kopinya tak terlalu kuat. Sedap-sedap je. Rasa sekali memang nak lagi.

nescafe latte caramel

Ketika menunggu perlawanan bola Piala Dunia 2014 bermula, Abang Nara akan minum secawan Nescafe Latte Caramel sambil menyertai pertandingan yang sedang berlangsung di Facebook, Twitter dan Instagram Nescafe. Peraduan ini telah bermula 9 Jun yang lalu dan bakal berakhir pada 13 Julai ini. Hadiah yang ditawarkan pun menarik. Mana tahu ada rezeki nak menang kan?

Ketika ini peraduan Nescafe Latte Caramel sedang berlangsung di Facebook Nescafe Malaysia sehingga 22 Jun. Korang kena sentiasa buka Facebook Nescafe Malaysia untuk lihat apakah yang perlu dilakukan. Senang je peraduan yang dijalankan. Ada yang kena letak dialog sendiri, ada yang kena cari jalan keluar daripada ‘maze’ dan macam-macam lagilah. Untuk pemenang harian sebanyak 3 orang di Facebook, wang tunai RM100 dan sebungkus Nescafe Latte Caramel akan diberikan setiap seorang. Best kan?

 

Peraduan di Twitter Nescafe pula akan bermula pada 23 Jun sehingga 29 Jun ini dengan hadiah harian wang tunai sebanyak RM50/RM100/RM200 dan sebungkus Nescafe Latte Caramel untuk dimenangi.
nescafe latte caramel

Seterusnya , Samsung Galaxy Note 3 Neo akan menjadi milik anda sekiranya anda berkongsi video yang paling kreatif dan unik di Instagram/Vine bermula 30 Jun sehingga 13 Julai. Best kan? Boleh dah mula fikirkan dan kumpulkan idea supaya masa Hari Raya nanti boleh bergaya dengan telefon baru. Hehehe.

nescafe latte caramel

Abang Nara sudah pun “Turn Your World Upside Down” bersama Nescafe Latte Caramel. Anda bila lagi? Rasai sendiri keenakan dan rasa kopi yang lazat bersama Nescafe Latte Caramel. Pasti anda akan berpuas hati.

Baca Yang Ini Pulak:-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31029

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>