Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30906

Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah – Fiza

$
0
0

Lumrah perkahwinan, pastinya ada pasang dan surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kadang-kadang pergaduhan dapat mengeratkan lagi hubungan. Baru mendirikan rumahtangga September tahun lalu,  kisah keretakan perkahwinan Adam dan Fiza Elite tidak putus-putus tersebar. Malah ada khabar angin menyatakan yang mereka tidak lagi tinggal sebumbung. fiza elite Kecewa dengan dakwaan tidak berasas tersebut, Adam dan Fiza tampil menerusi Berita Harian ini untuk menafikan perkara itu. Kata Adam:-

Kami masih bergelar suami-isteri dan tetap tinggal sebumbung. Bagaimanapun, lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Namun begitu, janganlah membuat sebarang spekulasi bukan-bukan, sebaliknya doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami berdua

fiza dan adam Malah ketiadaan gambar dirinya bersama Adam di akaun Instagram menyebabkan orang ramai semakin yakin dengan khabar angin tidak berasas ini. Letih dengan telahan tersebut, Fiza berkata:-

Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya

fiza Biasalah kalau gaduh-gaduh antara suami isteri. Kalau tak gaduh, itu adalah perkara luar biasa. Yang penting kena sentiasa berbincang, bermaafan dan berkomunikasi. Buat Adam dan Fiza, pedulikanlah kata-kata orang lain. Yang penting anda tahu situasi sebenar perkahwinan anda. Tak gitu?

P.S: Kembara menarik jalanan di Afrika Barat

Baca Yang Ini Pulak:-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30906

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>