Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30906

Kalau Dapat Bakal Suami Orang Kaya Itu Adalah Bonus – Hanez Suraya

$
0
0

Sejak kisah percintaan antara Romie dan Hanez Suraya tersebar, ramai yang menuduh pelakon itu seorang yang mata duitan. Ini kerana Romie merupakan seorang usahawan yang berjaya dan kalau tak silap Abang Nara, adalah seorang jutawan. Malah ada desas-desus yang menyatakan Romie memandu sebuah kereta Ferrari dan menghadiahkan sebuah kereta Vellfire kepada Hanez. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

hanez dan romie

Kalau Abang Nara seorang wanita, sudah pasti kekayaan Romie akan menjadi salah satu tarikan buat diri ini untuk mendekatinya. Namun bagi Hanez Suraya, kekayaan bakal suami hanyalah bonus. Yang paling penting baginya adalah hati budi. Kata Hanez kepada Utusan Malaysia:-

Kalau dapat bakal suami orang kaya itu adalah bonus tapi apa yang penting adalah hati budi. Biarlah takdir yang menentukan hala tuju perancangan kami. Saya tidak mahu terburu-buru dalam perkara yang membabitkan masa depan. Romie ada komitmen sendiri. Biarlah dia dahulukan perkara penting dan menguruskan hal-hal perkahwinannya. Saya tak mahu masuk campur. Saya juga sama sekali tidak akan mendesak Romie untuk segera berkahwin dengan saya. Saya pun masih tahu malu.

hanez dan romie

Di dalam artikel yang sama, Hanez juga menekankan yang dia tidak akan sama sekali bercinta dengan suami orang. Tambah Hanez lagi:-

Apabila berkawan dengan mana-mana lelaki, saya akan siasat tentang latar belakangnya. Kalau dia sudah ada isteri, awal-awal lagi saya angkat kaki. Saya memang tak mahu suami orang! Tapi apabila bertemu dengan Romie Disember lalu , dia beritahu perkahwinannya bermasalah. Mungkin sebab itulah saya tidak berfikir panjang untuk serius dengan Romie hingga dia melamar awal Januari lalu.

hanez dan romie

Pelik juga kerana Romie sudah pun beritahu rumah tangganya bermasalah, jadi ini bermakna Hanez tahu Romie adalah suami orang. Mengapa masih mahu meneruskan hubungan sehingga terjadi kontroversi yang menghimpit dirinya ini? Hanya Hanez sahaja yang tahu. Mungkin “hati budi” Romie terlalu tinggi pekertinya untuk ditolak oleh Hanez. Agaknya lah kot. Apa pun, kalau cepat-cepat kahwin, lagi bagus sebab sekurang-kurangnya orang dah tak boleh kata apa dah.

Baca Yang Ini Pulak:-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30906

Trending Articles