Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30886

Rebecca Nur Islam Derma RM11,200 Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir Kuantan

$
0
0

Murni sungguh hati Rebecca Nur Islam ini. RM11,200 bagi Abang Nara adalah satu angka yang besar. Namun Rebecca tidak teragak-agak untuk mendermakan duit kemenangan saman ke atas Erma Fatima kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Respek dan tabik hormat Abang Nara kepada Rebecca. Semoga sikap terpuji ini akan dicontohi oleh para selebriti lain.

rebecca nur islam

Walaupun kecewa dengan tindakan Erma Fatima yang menggunakan wang kertas RM1 untuk membayar saman tersebut, Rebecca enggan memanjangkan perkara tersebut dan bertindak untuk mendermanya. Kata Rebecca kepada Utusan Malaysia:-

Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima.

Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut.

beca
Tahniah buat Rebecca atas tindakan suci murni anda. Semoga dengan amalan ini, kehidupan akan lebih dirahmati dan diberkati. Abang Nara juga percaya dengan adanya tindakan sebegini daripada selebriti seperti Rebecca, Siti Nurhaliza dan ramai lagi, kesedaran di kalangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir pasti akan bertambah. Good job!!!

Baca Yang Ini Pulak:-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30886

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>