Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Aidilfitri menjelma jua. Bila tiba sahaja hari Raya, pasti semua orang akan bergembira. Makan kuih raya, kumpul duit raya, berkumpul saudara mara dan macam-macam lagi aktiviti. Kalau masa Abang Nara kecik dulu, confirm malam raya pergi main meriam buluh. Hehehe.
Gambar di atas di ambil ketika raya tahun lepas. Cepat sungguh masa berlalu. Anak Abang Nara sekarang sudah besar dah. Seiring dengan kemajuan teknologi, satu lagi aktiviti raya sekarang adalah bergambar menggunakan smartphone dan berkongsi dengan rakan-rakan menerusi Instagram. Jauh di Kelantan pun dapat tahu awek di Melaka pakai baju apa. Canggih sungguh teknologi!!!
Alang-alang dah upload gambar di Instagram, apa kata korang sertai pertandingan Instagram Glamor Raya oleh Astro. Senang je nak join dan menang pertandingan ini. Ikuti langkah-langkah berikut :-
1. Meniru satu babak ATAU membuat versi parodi daripada mana-mana program Astro Raya dengan mengunakan gambar atau video Instagram (10-15 saat).
2. Muat naik gambar atau video tersebut pada Instagram dan sertakan ‘hashtag’ #EratkanJalinan, # dan ‘tag’ @AstroGempak bersama @Churp2 pada kapsyen gambar.
Contohnya gambar di bawah kapsyen yang sesuai untuk pertandingan Instagram Astro Raya ialah “ Romantik tak Abang Nara dengan wife macam pasangan di #RomantikaRaya? #EratkanJalinan @Churp2 @AstroGempak”.
Salah satu babak Romantik Raya ada posing macam yang Abang Nara dan wife buat kat atas. Apa lagi, teruslah Abang Nara join pertandingan Instagram Astro Raya. Alang-alang dah serupa kan? Korang pun kalau tengah menonton program raya di Astro, bolehlah tiru mana-mana babak yang sesuai dan mudah untuk sertai pertandingan ini. Jangan lupa bagitau rancangan apa yang ditiru. Lebih info mengenai pertandingan Instagram Glamor Raya ada di Churp Churp.
Selepas penat ziarah menziarahi (sambil ambil gambar dengan baju raya untuk pertandingan Instagram Glamor Raya), bolehlah berehat di rumah dengan menonton televisyen. Jangan tengok sorang-sorang. Ajak saudara mara semua. Sambil tengok, sambil berborak. Sembang tanya khabar. Dan jangan lupa layari portal www.astrogempak.com/raya untuk mengetahui program apa yang ditayangkan. Tak payah la selang 5 saat asyik tukar channel je.
Banyak program-program menarik yang bakal ditayangkan oleh Astro sempena Aidilfitri ini. Kesemua informasi mengenainya ada di www.astrogempak.com.my./raya. Kiranya portal Astro Gempak adalah one stop centre untuk pelanggan Astro di Aidlfitri ini. Macam-macam ada kat situ.
Di kesempatan ini, Abang Nara sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya ini bertambah meriah untuk anda semua. Jangan lupa untuk follow hashtag #EratkanJalinan di Instagram sebab Abang Nara akan kongsikan gambar mesra kami sekeluarga di pagi raya kelak untuk pertandingan Instagram Glamor Raya. Nantikan ~~ Untuk info lanjut, layari www.astrogempak.com.my/raya.