Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31104

Baru Pulang Bercuti Di Langkawi, Harris Anuar Disahkan Positif COVID-19

$
0
0

Mengejutkan apabila pelakon Harris Annuar disahkan positif COVID-19 selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Bangi kelmarin.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, Harris kini sedang menantikan keputusan ujian saringan kedua yang baru sahaja dilakukan pagi tadi.

“Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama. Pagi tadi saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang menanti keputusan.”

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Baru sahaja pulang bercuti di Pulau Langkawi, pelakon itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Bukan sahaja dirinya, Tajuddin Bakar yang merupakan rakan baiknya juga disahkan positif COVID-19 seepas menjalani saringan pertama. Malah dia kini sedang kuarantin di rumah rakannya itu kerana tidak mahu membahayakan ahli keluarganya yang lain.

“Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.”

harris anuar

Selain itu, lelaki itu meminta sesiapa yang ada kontak rapat dengan dirinya sejak dua minggu terakhir ini supaya menjalani ujian saringan sebagai langkah keselamatan.

“Setakat ini saya masih menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Saya mohon maaf atas segala kesulitan.”

Semoga Harris baik-baik sahaja.

The post Baru Pulang Bercuti Di Langkawi, Harris Anuar Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31104