Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31118

“Bukan Buat Perkara Tak Baik” – Kamal Adli Akui Hanya Mahu Halalkan Hubungan Dengan Uqasha Senrose

$
0
0

Biarpun masih wujud segelintir pihak seakan kurang senang dengan aksi yang ditonjolkan pelakon Kamal Adli yang bertindak melamar pelakon Uqasha Senroseketika siaran langsung Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020), namun katanya, ia merupakan langkah pertama untuk menghalalkan hubungan mereka selama ini.

Bahkan, beliau juga tidak ketinggalan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya hanya menyerahkan segalanya kepada Illahi untuk urusan mereka ke fasa seterusnya kelak.

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Kamal menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Advertisement

“Yeay! ‘Yes’! Cuma nk menghalalkan, bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa tu, Amin. Yang lain serah pada Allah.”

Selain itu, Uqasha menerusi sebuah posting di laman yang sama turut mendedahkan, walaupun tidak memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan di AME2020, namun beliau sudah menang besar kerana lamaran secara langsung itu adalah hadiah paling bernilai.

“I’m so speechless, walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila kedua-dua pelakon ini khabarnya telah menghadiri kursus perkahwinan. Bagaimanapun segalanya kini terbongkar selepas Kamal dilihat berani untuk tampil melamar Uqasha di hadapan khalayak ramai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31118

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>